Tuesday, February 28, 2012

:: sesuatu yang aku mahu kamu tahu ::

sesuatu yang aku mahu kamu tahu

bahawa aku sedia membantu
selagi aku mampu

aku mahu kamu tahu
aku dihantui kebersalahan
jika tidak membantu mu

aku mahu kamu tahu
sekali kamu menjadi sahabatku
kamu adalah sebahagian hidupku
sehingga hujung hidupku

aku mahu kamu tahu
kesusahan mu
adalah sebahagian kesusahanku

aku mahu kamu tahu
wahai sahabatku
aku sedia meminjam bahu

-sk-






No comments:

Post a Comment

you say...