Thursday, January 19, 2012

:: tanpa tajuk ::

semakin dekat aku dengan hari itu
semakin sayu aku rasa

walau belum berpisah
aku terasa jauh
rindu yang sarat

apa yang aku rasa dulu
gembira untuk pergi
telah hilang

apa yang ku rasa kini
lelah
berat
sayu
untuk meninggalkan ibu ku
meninggal kan ayahku


berlinang airmataku

-sk-





Sunday, January 15, 2012

mencari aku

aku mencari sesuatu
yang aku mahu
aku sendiri 
tidak tahu
apa yang aku mahu

aku semakin keliru
mencari sesuatu 
yang aku sendiri tak tahu

adakah yang aku mahu itu kamu
aku masih mencari
walau matahari menerangi
aku tak pasti

adakah yang aku mahu itu waktu
aku tidak pasti
cuma yang pasti waktu 
yang aku butuhkan

adakah yang aku mahu itu harta
aku rasakan sesuatu yang pasti
tetapi ia bukan segalanya
bukan jaminan untuk bahagia 
tetapi laluan untuk nya

apa yang aku cari
aku sendiri tidak pasti
masih mercari apa yang dicari

-sk-