Thursday, July 7, 2011

:: kamu vs kamu ::

keliru
bila kau membisu

bingung
pabila kau menyepi

adakah aku
yang keliru

atau kau
masih diulit kabus

bukalah
matamu
hatimu

kau bukanlah
seperti dahulu

lebih menjejas
daripada membina

kata katamu
lancang membelah
hatiku

aku tergamam
melihatmu
yang tidak seperti dahulu

aku mahu
kau seperti dahulu

seperti yang aku kenali dahulu

No comments:

Post a Comment

you say...