masih sendiri lagi
berjalan
melintasi jalan yang biasa ku lalui dahulu
tanpa ku sedari kini
jalan itu semkin berbeza
tidak seperti dahulu
motokar memecut laju
pelbagai jenis dan ragam
aku berjalan lagi
masih sendiri
mengenang zaman kanak kanak
gembira
tiada apa yang mengacau pemikiran ku
kini
pelbagai perkara perlu diambil kira
ditimbang dengan jitunya
tiada lagi kebebasan seperti dahulu
aku berjalan lagi
ku pikir jalan itu jalan mati
yang dahulunya di hujung jalan itu mempunyai
taman hutan yang cantik
menghijau
tetapi sekarang ia penuh dengan pokok batu
dan rumput konkrit
segalanya berubah kini
tidak lagi seperti dahulu
aku ynag dahulu sebagai anak kecil
kini seorang gadis
jalan yang mati ity dahulu
kini penuh dengan pembangunan
kebebasan yang dulu kumiliki
kini direnggut oleh permasalahan
yang tiada penghujungnya